<< SELAMAT DATANG KE BLOG PPKI SMK SG BESAR >>

Friday 11 November 2011

Tahniah!.. PPKI SMK Sg. Besar

Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Sg. Besar telah menerima Anugerah Kualiti Pengurusan Cemerlang bagi Pendidikan Khas sekolah menengah. Sijil penghargaan di sampaikan oleh Pengetua Cemerlang SMK Sg. Besar, Pn Hajah Zuraidah kepada wakil PPKI Pn Azliza dalam satu majlis penyampaian sijil anugerah yang diadakan di Laman Malaysiana SMK Sg. Besar. Tahniah PPKI SMK Sg. Besar, dengan anugerah ini warga kerja PPKI akan dapat meningkatkan mutu perkhidmatan dan pengurusan yang cemerlang.


Gambar sekitar perkhemahan pengakap PPKI SMK Sg. Besar

Fadhli sedang memasak sosej
Murid bersama guru dan ppm bekerjasam menyiapkan makanan

Sekitar waktu memasak
masakan dari kumpulan 4
Penyampaian hadiah oleh Pen. Penyelaras Kokurikulum, Cikgu Che Hashim
Zulfadli mewakili kumpulan menerima hadiah
Penyampaian hadiah oleh Pen. Penyelaras Kokurikulum, Cikgu Che Hashim

Sekitar Perkhemahan Pengakap PPKI SMK Sg. Besar

Perkhemahan Pengakap PPKI SMK Sg. Besar


Perkhemahan Pengakap PPKI SMK Sg. Besar

Tuesday 8 November 2011

Salam Aidiladha..10 Zulhijjah 1432 H

Salam Aidiladha buat semua umat islam di seluruh dunia dan khususnya buat warga PPKI SMK Sg. Besar. Guru dan murid akan mula bercuti pada hari jumaat(4.11.2011) sehingga isnin (7.11.2011). Pada aidiladha tahun ini sama-samalah kita mengambil iktibar disebalik kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail dalam menunaikan suruhan Allah S.W.T. Jadi dikesempatan ini admin PPKI ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah korban dan berhati-hati dijalan raya bagi yang memandu ke kampung halaman untuk bercuti.


Jamuan Akhir Tahun Guru dan Kakitangan serta murid PPKI SMK SG Besar anjuran PPKI SMK SG. Besar


Assalamualaikum.
PPKI SMK Sg. Besar telah mengadakan jamuan akhir tahun bagi guru,kakitangan dan murid PPKI SMK Sg. Besar pada Hari Rabu (2 November 2011) bertempat di foyer tingkatan 6. Jamuan dimulakan pada jam 9.30 am sehingga 11.00 am.  Antara menu jamuan adalah ayam goreng berempah,udang dan nenas masak lemak,ikan masin,ulam-ulaman dan sambal belacan,kerabu mangga,buah-buahan dan minuman.

Happy Deepavali..26.10.2011

Happy Deepavali diucapkan kepada murid PPKI SMK Sg. Besar yang berbangsa India dan kepada semua Guru,PPM dan murid diucapkan selamat bercuti sempena hari perayaan Deepavali ini.





Monday 12 September 2011

Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas 2011 di Stadium MSN Sabak Bernam 12 September 2011

Kejohanan olahraga pendidikan khas 2011 telah diadakan pada 12 September 2011 bersamaan hari isnin bertempat di Stadium MSN Sabak Bernam. PPKI SMK Sg Besar telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini dengan menghantar 20 orang murid bagi mengambil bahagian dalam acara yang dipertandingkan seperti acara balapan (100m,200m,4x100m) bagi BP(J) dan BP (S) lelaki dan perempuan. Juga terlibat dengan acara padang seperti lompat jauh, lompat tinggi, lontar peluru dan lontar cakera.Pada kejohanan ini diadakan pemilihan bagi murid untuk bertanding ke peringkat Negeri Selangor yang akan diadakan di Kuala Langat.

Seramai 8 orang murid dari PPKI SMK Sg Besar telah terpilih untuk mewakili kontijen daerah Sabak Bernam untuk ke peringkat Negeri Selangor. Mereka akan berkampung bagi latihan pusat di SK Seri Utama dan SMK Seri Bedena pada 14 dan 15 September ini. Semoga kontijen daerah Sabak Bernam dapat melakar kejayaan di dalam kejohanan seterusnya mengharumkan nama daerah dan sekolah diperingkat yang lebih tinggi.

Monday 5 September 2011

Sekitar Majlis Penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan PPKI SMK Sg Besar, Selangor

 

Majlis Penutup sambutan bulan kemerdekaan Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Sg Besar diadakan pada 25 Ogos 2011 Hari Khamis bertempat di Foyer bangunan tingkatan enam. Majlis ini bermula pada jam 8.30 am dan tamat pada jam 9.30 am. Aturcara majlis ini adalah ucapan GPK, penyampaian hadiah bagi semua pertandingan yang dijalankan sempena bulan kemerdekaan ini seperti melukis poster,mewarna bendera,membuat topi merdeka dan teka silang kata dan dipengerusikan oleh Cikgu Khairul.
Ucapan alu-aluan dari GPK PPKI SMK Sg Besar, En Iskandar Bin Muriani
Barisan murid-murid PPKI SMK Sg Besar tenang mendengar ucapan dari GPK PPKI SMK Sg Besar
Murid-murid PPKI SMK Sg Besar menyanyikan lagu kemerdekaan
Guru-guru PPKI SMK Sg Besar menyanyikan lagu kemerdekaan
Pn Hajah Mahanom menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang sempena sambutan bulan kemerdekaan
Cikgu Ahmad Fauzi  menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang sempena sambutan bulan kemerdekaan

Penyelaras PPKI SMK Sg Besar, Pn Azliza Bt Awang menyampaikan hadiah kepada salah seorang  pemenang sempena sambutan bulan kemerdekaan
GPK PPKI SMK Sg Besar, En Iskandar Bin Muriani menyampaikan cenderhati kemerdekaan kepada semua guru. (Didalam gambar Cikgu Hashim)
Guru Pratikum UPSI, Cikgu Hafizi menyampaikan cenderhati tanda kenangan kepada GPK PPPKI SMK Sg Besar , En Iskandar Bin Muriani

Friday 26 August 2011

Terima Kasih Cikgu Hafizi dan Cikgu Khairul

Terima kasih kepada guru pratikum dari UPSI iaitu Cikgu Hafizi dan Cikgu Khairul diatas sumbangan mereka sepanjang menjalani latihan pratikum di PPKI SMK Sg Besar ini. Semoga kalian berdua mendapat  ilmu dan pengalaman untuk masa akan datang sebagai guru yang cemerlang.InsyaAllah

Thursday 25 August 2011

Sekitar Majlis Penutup Program Ihya' Ramadhan PPKI SMK Sg Besar, Selangor

Majlis penutup program Ihya' Ramadhan PPKI SMK Sg. Besar diakan pada hari jumaat 26 ogos 2011. Diantara pengisian program sepanjang bulan ramadhan ini adalah Tazkirah Ramadhan setiap jumaat,Tadarus Al-quran, Solat dhuha berjemaah dan Projek kuih raya syawal. Pengisian program pada majlis penutup ini adalah Tazkirah oleh Ustaz Ahmad Muhid, Solat Dhuha berjemaah,juga diimamkan oleh Ustaz Ahmad Muhid,Penyampaian duit raya dan kuih raya oleh GPK Pendidikan Khas, Cikgu Iskandar Bin Muriani dan ucapan penutup juga dari beliau. Majlis ini diakhiri dengan sesi bermaafan diantara guru dan murid-murid di PPKI SMK Sg Besar.
Tazkirah oleh Ustaz Ahmad Muhid
GPK Pendidikan Khas PPKI SMK Sg Besar,Cikgu Iskandar menyampaikan cenderhati kepada Ustaz Ahmad Muhid diatas kesudian beliau hadir bagi memberi tazkirah dalam program ini.
Solat Dhuha berjemaah
Penyampaian duit raya dan kuih raya
Ucapan penutup oleh Cikgu Iskandar
"Selamat Hari Raya Aidilfitri cikgu..Maaf Zahir Batin"

Tuesday 16 August 2011

Nuzul Al-Quran 17 Ogos 2011/ 17 Ramadhan 1432 H

Tahun 2011, 17 ramadhan 1432 H, sudah 17 hari berpuasa dan di tarikh ini juga lah diturunkan Al-Quran sebagai panduan kita umat Nabi Muhammad S.A.W. Bersama-samalah kita menghayati peristiwa ini dengan memperbanyakkan amalan ibadah sunat.Semoga kita memperolehi keberkatan dalam ramadhan tahun ini..InsyaAllah

Thursday 4 August 2011

Ahlan Wasahlan ya Ramadhan...1432 H

Selamat menjalani ibadah puasa ramadhan kepada seluruh umat islam di dunia. Pada tahun ini umat islam mula berpuasa pada 1 Ogos 2011 bersamaa 1 Ramadhan 1432 H. Warga PPKI SMK Sg besar mengucapkan selamt berpuasa kepada semua murid dan warga pendidik di SMK Sg besar Selangor. Semoga dengan kehadiran ramadhan kali ini dapat kita manfaatkan sepenuhnya kelebihan dan ganjaran pahala yang besar dalam amalan ibadat kita.

Selamat Datang GPK Pendidikan Khas Baru ke SMK Sg Besar

Selamat datang dan selamat bertugas diucapkan kepada Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas, En. Iskandar Bin Muriani ke Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Sg Besar yang mula bertugas pada 27 Julai 2011 yang lepas. Beliau sebelum ini bertugas di PPKI SMK Dato Mustafa Sekinchan dan atas keperluan perkhidmatan beliau ditugaskan ke PPKI SMK Sg Besar. Kami warga PPKI SMK Sg. Besar amat berbesar hati dan mengalu-alukan kehadiran En Iskandar Bin Muriani bagi menerajui kepimpinan PPKI SMK Sg Besar ini. Semoga PPKI SMK Sg Besar ini bertambah cemerlang dan gemilang dimasa akan datang

Tuesday 19 July 2011

Terapi Boling - Di ONE PLAZA,Kuala Selangor (Jun - September 2011)

Lanes bowling menanti balingan istimewa dari warga PPKI SMK Sg Besar

Cikgu Fadzli menerangkan teknik yang betul untuk memegang bola bowling kepada murid

Balingan dari murid istimewa, adik Fadzil



Semua murid..ikut arahan cikgu ye..

Berbaris ketika ingin menaiki bas

Wajah-wajah ceria selepas terapi bowling

Masuk longkang ke...

Warga PPKI SMK Sg. Besar bergambar bersama setelah selesai terapi bowling

Pameran Sempena Hari Guru Peringkat Negeri Selangor di Politeknik Sultan Idris Shah,Sg Lang ( 23 Mei 2011 )