<< SELAMAT DATANG KE BLOG PPKI SMK SG BESAR >>

Friday 26 August 2011

Terima Kasih Cikgu Hafizi dan Cikgu Khairul

Terima kasih kepada guru pratikum dari UPSI iaitu Cikgu Hafizi dan Cikgu Khairul diatas sumbangan mereka sepanjang menjalani latihan pratikum di PPKI SMK Sg Besar ini. Semoga kalian berdua mendapat  ilmu dan pengalaman untuk masa akan datang sebagai guru yang cemerlang.InsyaAllah

Thursday 25 August 2011

Sekitar Majlis Penutup Program Ihya' Ramadhan PPKI SMK Sg Besar, Selangor

Majlis penutup program Ihya' Ramadhan PPKI SMK Sg. Besar diakan pada hari jumaat 26 ogos 2011. Diantara pengisian program sepanjang bulan ramadhan ini adalah Tazkirah Ramadhan setiap jumaat,Tadarus Al-quran, Solat dhuha berjemaah dan Projek kuih raya syawal. Pengisian program pada majlis penutup ini adalah Tazkirah oleh Ustaz Ahmad Muhid, Solat Dhuha berjemaah,juga diimamkan oleh Ustaz Ahmad Muhid,Penyampaian duit raya dan kuih raya oleh GPK Pendidikan Khas, Cikgu Iskandar Bin Muriani dan ucapan penutup juga dari beliau. Majlis ini diakhiri dengan sesi bermaafan diantara guru dan murid-murid di PPKI SMK Sg Besar.
Tazkirah oleh Ustaz Ahmad Muhid
GPK Pendidikan Khas PPKI SMK Sg Besar,Cikgu Iskandar menyampaikan cenderhati kepada Ustaz Ahmad Muhid diatas kesudian beliau hadir bagi memberi tazkirah dalam program ini.
Solat Dhuha berjemaah
Penyampaian duit raya dan kuih raya
Ucapan penutup oleh Cikgu Iskandar
"Selamat Hari Raya Aidilfitri cikgu..Maaf Zahir Batin"

Tuesday 16 August 2011

Nuzul Al-Quran 17 Ogos 2011/ 17 Ramadhan 1432 H

Tahun 2011, 17 ramadhan 1432 H, sudah 17 hari berpuasa dan di tarikh ini juga lah diturunkan Al-Quran sebagai panduan kita umat Nabi Muhammad S.A.W. Bersama-samalah kita menghayati peristiwa ini dengan memperbanyakkan amalan ibadah sunat.Semoga kita memperolehi keberkatan dalam ramadhan tahun ini..InsyaAllah

Thursday 4 August 2011

Ahlan Wasahlan ya Ramadhan...1432 H

Selamat menjalani ibadah puasa ramadhan kepada seluruh umat islam di dunia. Pada tahun ini umat islam mula berpuasa pada 1 Ogos 2011 bersamaa 1 Ramadhan 1432 H. Warga PPKI SMK Sg besar mengucapkan selamt berpuasa kepada semua murid dan warga pendidik di SMK Sg besar Selangor. Semoga dengan kehadiran ramadhan kali ini dapat kita manfaatkan sepenuhnya kelebihan dan ganjaran pahala yang besar dalam amalan ibadat kita.

Selamat Datang GPK Pendidikan Khas Baru ke SMK Sg Besar

Selamat datang dan selamat bertugas diucapkan kepada Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas, En. Iskandar Bin Muriani ke Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Sg Besar yang mula bertugas pada 27 Julai 2011 yang lepas. Beliau sebelum ini bertugas di PPKI SMK Dato Mustafa Sekinchan dan atas keperluan perkhidmatan beliau ditugaskan ke PPKI SMK Sg Besar. Kami warga PPKI SMK Sg. Besar amat berbesar hati dan mengalu-alukan kehadiran En Iskandar Bin Muriani bagi menerajui kepimpinan PPKI SMK Sg Besar ini. Semoga PPKI SMK Sg Besar ini bertambah cemerlang dan gemilang dimasa akan datang