<< SELAMAT DATANG KE BLOG PPKI SMK SG BESAR >>

Thursday 25 August 2011

Sekitar Majlis Penutup Program Ihya' Ramadhan PPKI SMK Sg Besar, Selangor

Majlis penutup program Ihya' Ramadhan PPKI SMK Sg. Besar diakan pada hari jumaat 26 ogos 2011. Diantara pengisian program sepanjang bulan ramadhan ini adalah Tazkirah Ramadhan setiap jumaat,Tadarus Al-quran, Solat dhuha berjemaah dan Projek kuih raya syawal. Pengisian program pada majlis penutup ini adalah Tazkirah oleh Ustaz Ahmad Muhid, Solat Dhuha berjemaah,juga diimamkan oleh Ustaz Ahmad Muhid,Penyampaian duit raya dan kuih raya oleh GPK Pendidikan Khas, Cikgu Iskandar Bin Muriani dan ucapan penutup juga dari beliau. Majlis ini diakhiri dengan sesi bermaafan diantara guru dan murid-murid di PPKI SMK Sg Besar.
Tazkirah oleh Ustaz Ahmad Muhid
GPK Pendidikan Khas PPKI SMK Sg Besar,Cikgu Iskandar menyampaikan cenderhati kepada Ustaz Ahmad Muhid diatas kesudian beliau hadir bagi memberi tazkirah dalam program ini.
Solat Dhuha berjemaah
Penyampaian duit raya dan kuih raya
Ucapan penutup oleh Cikgu Iskandar
"Selamat Hari Raya Aidilfitri cikgu..Maaf Zahir Batin"

No comments:

Post a Comment