<< SELAMAT DATANG KE BLOG PPKI SMK SG BESAR >>

Monday 12 September 2011

Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas 2011 di Stadium MSN Sabak Bernam 12 September 2011

Kejohanan olahraga pendidikan khas 2011 telah diadakan pada 12 September 2011 bersamaan hari isnin bertempat di Stadium MSN Sabak Bernam. PPKI SMK Sg Besar telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini dengan menghantar 20 orang murid bagi mengambil bahagian dalam acara yang dipertandingkan seperti acara balapan (100m,200m,4x100m) bagi BP(J) dan BP (S) lelaki dan perempuan. Juga terlibat dengan acara padang seperti lompat jauh, lompat tinggi, lontar peluru dan lontar cakera.Pada kejohanan ini diadakan pemilihan bagi murid untuk bertanding ke peringkat Negeri Selangor yang akan diadakan di Kuala Langat.

Seramai 8 orang murid dari PPKI SMK Sg Besar telah terpilih untuk mewakili kontijen daerah Sabak Bernam untuk ke peringkat Negeri Selangor. Mereka akan berkampung bagi latihan pusat di SK Seri Utama dan SMK Seri Bedena pada 14 dan 15 September ini. Semoga kontijen daerah Sabak Bernam dapat melakar kejayaan di dalam kejohanan seterusnya mengharumkan nama daerah dan sekolah diperingkat yang lebih tinggi.

No comments:

Post a Comment