<< SELAMAT DATANG KE BLOG PPKI SMK SG BESAR >>

Friday 11 November 2011

Tahniah!.. PPKI SMK Sg. Besar

Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Sg. Besar telah menerima Anugerah Kualiti Pengurusan Cemerlang bagi Pendidikan Khas sekolah menengah. Sijil penghargaan di sampaikan oleh Pengetua Cemerlang SMK Sg. Besar, Pn Hajah Zuraidah kepada wakil PPKI Pn Azliza dalam satu majlis penyampaian sijil anugerah yang diadakan di Laman Malaysiana SMK Sg. Besar. Tahniah PPKI SMK Sg. Besar, dengan anugerah ini warga kerja PPKI akan dapat meningkatkan mutu perkhidmatan dan pengurusan yang cemerlang.


Gambar sekitar perkhemahan pengakap PPKI SMK Sg. Besar

Fadhli sedang memasak sosej
Murid bersama guru dan ppm bekerjasam menyiapkan makanan

Sekitar waktu memasak
masakan dari kumpulan 4
Penyampaian hadiah oleh Pen. Penyelaras Kokurikulum, Cikgu Che Hashim
Zulfadli mewakili kumpulan menerima hadiah
Penyampaian hadiah oleh Pen. Penyelaras Kokurikulum, Cikgu Che Hashim

Sekitar Perkhemahan Pengakap PPKI SMK Sg. Besar

Perkhemahan Pengakap PPKI SMK Sg. Besar


Perkhemahan Pengakap PPKI SMK Sg. Besar

Tuesday 8 November 2011

Salam Aidiladha..10 Zulhijjah 1432 H

Salam Aidiladha buat semua umat islam di seluruh dunia dan khususnya buat warga PPKI SMK Sg. Besar. Guru dan murid akan mula bercuti pada hari jumaat(4.11.2011) sehingga isnin (7.11.2011). Pada aidiladha tahun ini sama-samalah kita mengambil iktibar disebalik kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail dalam menunaikan suruhan Allah S.W.T. Jadi dikesempatan ini admin PPKI ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah korban dan berhati-hati dijalan raya bagi yang memandu ke kampung halaman untuk bercuti.


Jamuan Akhir Tahun Guru dan Kakitangan serta murid PPKI SMK SG Besar anjuran PPKI SMK SG. Besar


Assalamualaikum.
PPKI SMK Sg. Besar telah mengadakan jamuan akhir tahun bagi guru,kakitangan dan murid PPKI SMK Sg. Besar pada Hari Rabu (2 November 2011) bertempat di foyer tingkatan 6. Jamuan dimulakan pada jam 9.30 am sehingga 11.00 am.  Antara menu jamuan adalah ayam goreng berempah,udang dan nenas masak lemak,ikan masin,ulam-ulaman dan sambal belacan,kerabu mangga,buah-buahan dan minuman.

Happy Deepavali..26.10.2011

Happy Deepavali diucapkan kepada murid PPKI SMK Sg. Besar yang berbangsa India dan kepada semua Guru,PPM dan murid diucapkan selamat bercuti sempena hari perayaan Deepavali ini.