<< SELAMAT DATANG KE BLOG PPKI SMK SG BESAR >>

SEJARAH


SEJARAH

              Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar mula dibuka pada Januari 1997 dengan bilangan pelajar seramai 15 orang kategori Bermasalah Pembelajaran dan 10 orang pelajar Bemasalah pendengaran.



FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS 

 

Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 

VISI  

 

Menyediakan perkhidmatan pendidikan yang berkualiti dan bersepadu untuk membentuk insan istimewa yang berakhlak mulia dan berdaya saing. 

MISI 

 

Meningkatkan potensi individu dari aspek kurikulum dan kokurikulum agar menjadi insan yang mampu mengurus diri, berhaluan, berdikari dan menyumbang kepada keluarga, masyarakat dan Negara.



MOTTO



“BERHALUAN, BERDIKARI, BERBAKTI