<< SELAMAT DATANG KE BLOG PPKI SMK SG BESAR >>

Friday 10 May 2013

KEJOHANAN FUTSAL PPKI NEGERI SELANGOR

KEJOHANAN FUTSAL PENDIDIKAN KHAS 
PERINGKAT NEGERI SELANGOR - 2013

07 MEI 2013

ARENA REAL SPORT - KLANG

Teluk Gadong, Klang 7 Mei 2013 ( Selasa ). Jabatan Pelajaran Selangor telah menganjurkan Kejohanan Futsal Pendidikan Khas peringkat negeri. Pada kali ini daerah Petaling Perdana telah dipilih untuk menjadi tuan rumah. Walaubagaimana pun lokasi kejohanan berubah di saat akhir ke Arena Real Sport, Teluk Gadong, Klang.

Pada kali ini tiga orang pelajar dari PPKI SMK Sungai Besar telah terpilih untuk mewakili pasukan BP Senior daerah Sabak Bernam iaitu Aidil Akasah, Shahzawie, dan S.Khritik Raj. Di saat akhir Raj terpaksa menarik diri kerana masalah kesihatan.

Pasukan BP Junior telah berjaya melepasi peringkat liga kumpulan tetapi kandas di peringkat separuh akhir, tewas kepada Gombak dengan jaringan 3-0. Bagi pasukan BP Senior, mereka telah tewas di peringkat kumpulan lagi. Memenangi 2 perlawanan dan kalah 2 perlawanan mengutip 6 mata di peringkat kumpulan.

Pasukan Sabak Bernam telah melepaskan piala pusingan yang telah sekian lama berada di Sabak Bernam. Walaubagaimana pun para pelajar pulang dengan sijil penyertaan.

Sekian..

Oleh: Cikgu Fadzli Panut


Pasukan Junior terus bersiap sebaik tiba kerana bermain untuk perlawanan pertama, situasi begini biasanya boleh menjejaskan permainan pasukan.

Sesi "warming-up"




Pasukan BP Senior dan BP Junior bergambar kenangan sebelum perlawanan

Bersiap sedia ke medan perang

Sabak Bernam Junior vs Klang Junior


Walupun tewas semua murid diraikan di KFC Kuala Selangor
oleh guru-guru yang mengiring