<< SELAMAT DATANG KE BLOG PPKI SMK SG BESAR >>

Friday 24 June 2011

Latihan kejohanan badminton PPKI SMK Sg besar

 Pada hari khamis yang lepas bertarikh 23 Jun 2011,PPKI SMK Sg besar telah mengadakan latihan bagi kejohanan badminton PPKI yang akan diakan pada hari Selasa bersamaan 28 Jun 2011. Latihan ini diadakan di Dewan Bestari SMK Sg besar dengan penglibatan dari semua guru,pembantu pengurusan murid dan murid PPKI dari semua kategori. Dalam kejohanan yang akan diadakan pada minggu hadapan terdapat beberapa kategori seperti perseorangan (L),perseorangan (P), beregu (L), beregu (P) dan kategori istimewa bagi murid yang selain bermasalah pembelajaran. Penyelaras PPKI, Pn Azliza mengharapkan agar kejohanan ini dapat mencungkil bakat-bakat terpendam murid selain ia satu aktiviti yang menjadi aktiviti wajib setiap tahun. Sesi latihan ini menerima pelawat dari wakil Jabatan Pelajaran Negeri Selangor, En Kama yang menjalankan pemantauan bagi melihat perjalanan Program Pendidikan Khas Integrasi di SMK Sg Besar ini. Terima kasih diucapkan kepada En. Kama diatas lawatan yang di jalankan. Semoga PPKI SMK Sg Besar terus cemerlang dalam mendidik insan-insan istimewa ini.
Fadzil dari kategori E mendapat Naib Johan
Suasana dalam dewan bestari ketika kejohanan berlangsung

No comments:

Post a Comment