SALAM MAULIDUR RASUL 1433/2012
Maulidur Rasul (Arab: kelahiran
Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh
pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada
pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun
Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang
diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini
mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam
di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi
Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan,
ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan
dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat
mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya
kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad
Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan
Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan.
Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan
dikira amal soleh.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan
Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan
terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan
memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat
bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan
hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan
kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu
bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi
seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat
keberkatannya.
info from http://ms.wikipedia.org/wiki/Maulidur_Rasul
No comments:
Post a Comment